Kata-kata Aluan Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan
Mohamad zairan bin yusof
Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani…
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang Maha Kuasa, kerana dengan izin-Nya, kita dapat berkumpul di pelantar ini, dalam usaha untuk memperkenalkan dan memperluaskan informasi adat istiadat Pertubuhan Seni Gayong Bersatu (PSGB) seperti yang di perturunkan oleh Mahaguru Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman (ADMAR) kepada seluruh rakyat Malaysia, serta komuniti seni bela diri di serata dunia.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli, pengamal seni, serta penyokong seni Gayong yang telah bersama-sama menjayakan visi dan misi PSGB selama ini.
Sebagai Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan, saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran anda di laman sesawang rasmi PSGB ini, yang kini menjadi salah satu saluran penting untuk memperkenalkan dan melestarikan warisan seni bela diri Gayong yang kita cintai.
PSGB, sebagai salah satu pertubuhan yang mengamalkan seni Gayong aliran ADMAR, bukan sahaja berusaha untuk memperkasa fizikal, tetapi juga memartabatkan aspek rohani dan keperibadian ahli-ahli kami. Kami percaya bahawa seni Gayong bukan sekadar latihan fizikal, tetapi juga satu cara hidup yang penuh dengan adat serta adap serta nilai-nilai disiplin, keharmonian, dan rasa tanggungjawab terhadap sesame kita dan masyarakat.
Laman sesawang ini adalah cerminan kepada komitmen kami dalam memperkenalkan seni Gayong kepada dunia dengan lebih luas. Di sini, anda akan dapat mengikuti perkembangan terkini PSGB, aktiviti-aktiviti adat istiadat dan seni, serta peluang untuk menyertai majlis-majlis penuh adat istiadat yang dianjurkan sejak turun temurun.
Kami juga berharap laman sesawang ini dapat menjadi platform untuk mempereratkan hubungan antara ahli-ahli PSGB di seluruh dunia.
Semoga dengan adanya laman ini, kita dapat terus berkembang dan memperkukuhkan kedudukan PSGB sebagai pertubuhan yang berwibawa dalam dunia seni bela diri, serta menjadi pusat pengajian yang mencetak generasi yang berilmu dan berdisiplin.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan yang berterusan, dan berharap laman sesawang ini dapat memberi manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat seni bela diri.
Sekian, terima kasih
Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan
Pertubuhan Seni Gayong Bersatu

